Logo Maktab Tentera Diraja

Maktab Tentera Di-Raja (Bahasa Inggeris:Royal Military College) lebih dikenali dengan nama singkatan "MTD" atau "RMC". Selain itu, MTD juga kadangkala dikenali sebagai "Akademi Tentera Sandhurst Malaysia" dan "The Sitesis Eton-Sandhurst" merupakan sekolah berasrama penuh di Malaysia. Kawasan kampus MTD yang meliputi kawasan berbukit hijau seluas 1,200 ekar ini terletak di Sungai Besi, kira-kira 10 batu dari bandar raya Kuala Lumpur. Dikelilingi pemandangan indah dari The Mines Resort, dan Stadium Nasional Bukit Jalil manjadikan keadaan kampus ini damai. Pelajar RMC dikenali sebagai Present Putera, manakala bekas pelajar pula dipanggil Old Putera. Istilah "Putera" diberikan kerana status Diraja RMC.

MTD telah ditubuhkan secara rasminya pada 3 Julai 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan nama Pusat Latihan Rejimen Melayu (Malay Regiment Training Centre) yang terdiri daripada Unit Latihan Pra Pegawai Kadet (Pre Officer Cadet Training Unit) dan Boys Company. Pengambilan pertama para pelajar MTD dilakukan pada bulan September 1952 dengan jumlah pelajar lelaki seramai 74 orang. Para pelajar ini dipilih daripada seramai 1,000 permohonan yang diterima dan terdiri dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun.

Pada 17 Disember 1953, Pusat Latihan Rejimen Melayu ditukar nama kepada Kolej Tentera Persekutuan (Federation Military College). Pada 20 Jun 1961, kolej ini berpindah ke lokasinya sekarang iaitu di Sungai Besi setelah lapan tahun berada di Port Dickson. Pada 1 Januari 1966, Kolej Tentera Persekutuan ditukar nama kepada namanya sekarang iaitu Maktab Tentera Diraja (Royal Military College) dan pada 3 Jun 1981, telah dianugerahkan Panji Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Merdeka. MTD merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang mempunyai gelaran 'DiRaja' dihujungnya.

Pada ketika itu, MTD mempunyai dua cawangan iaitu Cawangan Kadet dan Cawangan Putera. Pada 1995, Cawangan Kadet telah dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor dan dikenali dengan Kolej Tentera Darat. Manakala Cawangan Putera yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 terus kekal di Sungai Besi. Pada ketika ini, MTD memiliki pelajar seramai kira-kira 500 orang.Ianya juga di bahagikan kepada lapan kompeni dari kompani A hingga ke kompeni H.
Artikel di kutip dari Wikipedia
Previous
Next Post »
0 Komentar