Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah suatu kementerian Malaysia yang wujud antara 27 Mac 2004 dan 14 Mei 2013. Ia wujud hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia Abdullah bin Ahmad Badawi dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas jawatan adalah Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh manakala yang terakhir disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Mei 2013, kementerian ini telah digabungkan semula dengan Kementerian Pelajaran menjadi Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia atau ringkasnya Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.
Artikel di kutip dari Wikipedia
0 Komentar